DIA RELA MEMPERTAHANKAN NYAWA DEMI MEMPERJUANGKAN HAK KEMERDEKAAN SEBUAH NEGARA YANG TERBELENGGU OLEH RANTAI PENJAJAH... JUSTERU ITU NAMA MAT INDERA SEWAJARNYA DIABADIKAN SEBAGAI PEJUANG DAN BUKAN PETUALANG... PETITKAN DARI BUKU PENGUKIR NAMA JOHOR DT... TERBITAN YAYASAN WARISAN JOHOR (YWJ)

SAHABAT

.

.

.

.

.

.

.

.

Terkini

get this widget here

Khamis, 17 April 2014

Video Ahli Parlimen Jelutung Karpal Singh Maut Dalam Kemalangan Jalan Raya


Ahli parlimen Bukit Gelugor dan peguam kanan Karpal Singh maut dalam kemalangan dekat Tapah awal pagi ini. Pembantu beliau Michael Cornandez turut meninggal dunia apabila kereta yang dinaiki melanggar sebuah lori dalam perjalanan menuju Utara di Lebuh Raya Utara Selatan dekat Gua Tempurung. Anaknya Ram Karpal dan Pemandu kereta dilaporkan cedera. Kemalangan dipercayai berlaku kira-kira jam 1 pagi berhampiran kilometer 301.6 arah utara Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS). Gambar di kawasan kemalangan menunjukkan kereta kenderaan Karpal rosak teruk.


Jurucakap polis memberitahu Malaysiakini kemalangan dipercayai berlaku apabila Toyota Alphard tersebut merempuh lori yang menukar laluan tanpa memberi isyarat. Karpal 74, menjadi lumpuh dan menggunakan kerusi roda selepas terbabit dalam satu kemalangan pada 2005. Ahli Politik yang mendapat Ijazah Perundangan dari Universiti Singapura dan berkhidmat sebagai Peguam sebelum bertanding Kerusi Parlimen pada tahun 1978. Perkhidmatan lama beliau sebagai MP Jelutong sebelum ini serta Ucapan BERAPI di Dewan Rakyat menyebabkan beliau digelar 'Harimau Jelutong'. sumber




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lu orang boleh tulis apa yang Lu orang rasa nak tulis... tetapi semestinya apa yang Lu orang tulis tu Lu orang lah yang bertanggongjawap... gua tulis gua yang tanggong tak kan Lu orang tulis gua pulak nak tanggong... itu tak adil nama nya beb... kah kah kah....